berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Thursday, June 10, 2010

GAYA PEMAKANAN SIHAT_PISANG KAKI

Posted by nir akhbar abdul aziz



PISANG KAKI ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa".



Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwarna jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau berbentuk seakan-akan buah labu.


Mengandungi vitamin C, glukosa, sukrosa, fruktos dan iodin. Pisang kaki sangat bernilai tinggi dari segi kesihatan dan perubatan. Antara khasiat buah berbentuk bulat dan berisi rangup ini ialah menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah koronori, mengatasi sembelit dan meredakan sedu.



Berasal dari keluarga Ebenaceae, serbuk putih pada permukaan buah pisang kaki yang kering mengandungi manitol, glukosa dan vitamin C yang amat baik untuk paru-paru dan jantung.


SPESIES TERPILIH

1) Pisang Kaki Hitam(Diospyros digyna): berasal dari Mexico. Buahnya berkulit hijau, berisi putih tetapi bertukar hitam apabila masak.

2) Mabolo (Diospyros discolor): berasal dari Filipina dan China. Buahnya berwarna merah apabila masak.

3) Pisang Kaki Jepun (Diospyros kaki): berasal dari China; penanamannya tersebar ke seluruh dunia dan terbahagi kepada pelbagai baka, cth: 'Hachiya' di Jepun; 'Sharon Fruit' di Israel yang cepat dimasakkan melalui kimia.

4) Khormaloo (Diospyros lotus): berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara. Nama "Khormaloo" dalam bahasa Parsi ialah gabungan perkataan untuk "kurma" dan "plum".

5) Pisang Kaki Amerika (Diospyros virginiana): berasal dari Amerika Syarikat. Lebih kaya dengan khasiat seperti vitamin C dan kalsium berbanding Pisang Kaki Jepun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails