berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Wednesday, June 9, 2010

Fakta Menarik Tentang Pelancongan

Posted by nir akhbar abdul aziz


GUNUNG JERAI
GUNUNG Jerai terletak antara sempadan Daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung setinggi 1,217 meter ini mempunyai pelbagai cerita lagenda antaranya kisah Sang Kelembai dengan Maharaja Merong Mahawangsa.


Aktiviti merentas hutan serta mendaki gunung merupakan aktiviti yang paling sesuai di sini. Kehijauan hutan, kesejukan air terjun serta menikmati keindahan flora dan fauna merupakan salah satu pengalaman luar biasa bagi penghuni kota.


Kawasan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti surau, tandas awam dan rumah rehat.

PANTAI SRI TUJUH
PANTAI Sri Tujuh di Kampung Tujuh, Tumpat merupakan salah satu pantai yang terkenal di Kelantan.


Ia sering dikunjungi pelancong kerana lokasinya yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Pantai ini semakin popular apabila telah dipilih oleh Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai tempat berlangsungnya acara Pesta Wau Antarabangsa.



Setiap tahun pantai ini akan dijadikan gelanggang pertandingan wau antarabangsa yang turut disertai oleh peserta dari luar negara.

HUTAN LIPUR KANCHING

HUTAN Lipur Kanching telah diwartakan sebagai taman rekreasi pada tahun 1978. Terletak 21km di utara Kuala Lumpur, kawasan ini menjadi tumpuan pada hujung minggu.


Hutan lipur ini mempunyai air terjun tujuh tingkat yang membentuk jeram dan kolam disertai dengan keindahan persekitaran semula jadi.


Hutan rekreasi ini juga sesuai untuk aktiviti lasak memandangkan ciri fizikal hutan yang berbukit dan agak curam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails