berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)




June 3, 2010
Ditulis Oleh Abu Ridhwan

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.
“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.

“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.

“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat demikian.” katanya.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal.
“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.

“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa pesakit keluar.

“Mereka sendiri yang akui perkara itu.

“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang tertembak pada tangan.

“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah menjadi hospital,” katanya.

Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan warga emas berusia lebih 80 tahun.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi.

Tuesday, June 1, 2010

Bersatu Merobohkan TEMBOK KeMATIan

Posted by nir akhbar abdul aziz


Monday, May 31, 2010

SAVE GAZA SAVE PALESTINE

Posted by nir akhbar abdul aziz


Assalamualaikum WBT...

Sedih dan sebak sgt bila tengok berita mengenai keadaan Gaza. Kekejaman demi kekejaman tentera israel rejim zionis tak henti-henti menyerang penduduk gaza. Hanya doa yang dapat aku pohonkan ke hadrat Allah S.W.T semoga diturunkan bala ke atas kekejaman mereka...



Apalah dosa kanak-kanak ini sehingga sanggup dibunuh kejam...








WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether theyre dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on whos wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

*Ya Allah Ya Tuhanku...Aku pohon kepadaMu Ya Allah, kuatkanlah iman mereka ini, berilah mereka kekuatan demi menegakkan kebenaran, bantulah mereka Ya Allah, Hanya Engkau Yang Maha Besar di atas semua makhluk dibumi ini. Amin.

Marilah sama2 memboikot semua produk2 yang banyak disalurkan kepada Israel laknatullah nih...


Related Posts with Thumbnails