Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur.
Firman-Nya yang bermaksud:"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar, daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku)." (Surah al-A'raf 7:146)
Tidak disukai Allah.
Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur." (Surah al-Nahl 16:23)
Terhalang daripada masuk syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat takabbur." (Riwayat Muslim)
Idaman neraka Jahanam.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Neraka berkata,'Aku diberi hak untuk mengutamakan orang yang takabbur." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi)
Terjerumus dalam maksiat.
Nafsu lebih ringan melakukan maksiat kerana takabbur. Adam dikeluarkan dari syurga akibat melanggar perintah Allah kerana menurut nafsu (bukannya takabbur) dan kemudian diampuni Allah. Namun Iblis pula dimurkai Allah dan dikeluarkan dari syurga kerana bongkak dan takabbur dan dilaknat hingga kiamat.
Allah tidak akan memandang kepadanya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:"Tiga (golongan) yang mana Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat kelak dan tidak disucikan Allah iaitu orang tua yang berzina, raja yang menipu dan fakir yang sombong." (Riwayat al-Baihaqi)
Source : SOLUSI ISU#21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
moga tidak tergolong dlm golongan ini,..amin
Post a Comment