
Kesimpulan

Berikut adalah jenis-jenis kalajengking yang paling berbahaya didunia.
1. Death stalker, Leiurus quinquestriatus
Type: Terrestrial, opportunistic Burrower
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: 10-13 cm
Sifat: agresive
Deathstalker dikenali sebagai spesies yang mempunyai racun paling berbisa, racunnya adalah campuran dari berbagai racun neurotoxin yang sangat kuat (tidak dapat dipastikan neurotoxin jenis apa tapi sepertinya bahaya) yang boleh menyebabkan rasa sakit yang sangat-sangat sakit, kemudian demam, diikuti dengan koma, kejang-kejang,kelumpuhan dan kematian. Mujurlah, untuk manusia dewasa yang sihat, walaupun menyakitkan, tetapi tidak dapat membunuh. Budak kecil, orang tua dan individu yang lemah (misalnya sakit jantung) berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi terhadap kematian jika disengat oleh kalajengking ini.
2. Arabian Fat-tailed scorpion, Androctonus crassicauda
Type: Terrestrial dessert
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: sekitar 10 cm
Sifat: terlalu agresive
Fat-tailed scorpion atau Androctonus merupakan salah satu spesies kalajengking paling beracun di dunia.namanya aj "Androctonus" yang bererti man-killer. Diantara semua spesies Androctonus mungkin yang paling bahaya adalah Arabian Fat-tailed Scorpion ini, racun yang dimiliki boleh menyaingi racun Deathstalker. Racun yang terdapat pada spesies ini juga terdiri daripada neurotoxin. Spesies ini bertanggungjawab ke atas kematian beberapa orang setiap tahun akibat sengatannya. Pada masa ini masih menjadi perdebatan apakah spesies kalajengking paling berbisa, samada Deathstalker atau Arabian Fat-tailed
3. Yellow Fat-tailed scorpion, Androctonus australis
Type: Terrestrial
Origin: Timur Tengah, Afrika Utara, India
Size: lebih dari 9 cm
Sifat: kadang2 agresive kadang2 tenang
Sesuai dengan jenisnya iaitu jenis "Androctonus", yellow fat-tailed merupakan jenis yg sangat berbisa, walaupun racun nya tidak sekuat Deathstalker ataupun Arabian fat-tailed, racun yellow fat-tailed boleh membunuh seseorang dalam masa 2 jam jika tidak diberi serumnya (tidak berpengaruh thdp orang dewasa yg sihat). Mendapatkan serumnya tidaklah senang, bahkan di AS pun sangat sukar untuk mendapatkan serumnya
4. Black Spitting Thicktail Scorpion, Parabuthus transvaalicus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Afrika
Size: sekitar 12 cm
Sifat: cukup agresive
Ada sape2 yang tau kenapa jenis yang satu ini mendapat gelaran Black Spitting Thicktail Scorpion?? Ini kerana spesies ini boleh menyemburkan racun mereka seperti ular kobra. Racun yang mereka semburkan boleh mencapai sehingga 1 meter, dan apabila terkena mata boleh menyebabkan rasa yg sangat pedih dan menyebabkan buta sementara, namun kebutaan ini boleh jadi kekal jika racun tidak dibersihkan, kemampuannya inilah yang membuat ia dianggap sebagai spesis yang cukup berbahaya, namun kadarracunnya tidak tergolong dalam golongan yang boleh membawa maut. Walapun begitu racun yg dimiliki jenis ini berbahaya untuk kanak2 dan orang yg alergi terhadap racun ini.
5. Striped bark scorpion, Centruroides vittatus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Amerika Utara
Size: 5-7 cm
Sifat: tidak agresive
Seperti kebanyakan kalajengking yang lain, jenis ini juga mudah ditemui di sekitar habitatnya. Namun kerana kedekatannya dgn manusia, jenis ini (walaupun tidak agresive) cukup sering membahayakan manusia. Sengatannya sangatlah menyakitkan, ianya hanya berlaku selama 15-20 minit dan jarang sampai hingga 2-3 hari. namun jenis ini jarang sekali boleh menyebabkan kematian, walaupun ada beberapa laporan yang menyatakan jenis ini bertanggungjawab di atas beberapa kematian orang, namun itu semua masih menjadi perdebatan.
6. Asian Forest Scorpion, Heterometrus longimanus
Type: Terrestrial
Origin: Asia bahagian selatan termasuk Indonesia
Size: 10-12 cm
Sifat: sangat agresive
Ia sangatlah mirip dengan emperor scorpion, namun sifatnya sangat berbeza.Asian forest merupakan jenis yg sangat agresive dan cukup bersifat defensive sehingga ianya merasa terancam maka ia akan berada dalam kedudukan sedia menyerang. berbeza dgn jenis2 kalajengking di atas, bila terancam Asian forest jarang menyengat menggunakan ekornya, mereka lebih gemar menyerang dengan menggunakan sepitnya yang cukup besar untuk membuat kita berdarah, racun yang dimiliki oleh Asian forest tidak membawa maut (dikatakan hanya sekuat sengatan tawon) mungkin kerana itu ia lebih bergantung kepada sepitnya yang kuat.
1. Kamera Digital Pertama Di Dunia (1975): Karya Jurutera Kodak, Steve Sasson
Pada Disember 1975, Jurutera,Kodak Steve Sasson mencipta sesuatu yang akan merevolusi dunia fotografi iaitu kamera digital pertama di dunia. Kamera tersebut adalah bersaiz pembakar roti, dan menangkap gambar hitam dan putih pada resolusi 100 × 100 - atau 0,01 megapixels dalam terminologi pemasaran. Gambar yang disimpan pada pita kaset, mengambil 23 saat untuk menulis. Kamera tersebut menggunakan ADC dari Motorola, lensa dari kamera filem Kodak, dan sebuah chip CCD dari Fairchild Semiconductor - teknologi yang sama dengan kamera digital yang masih digunakan hari ini. Untuk pemutaran gambar, sebuah komputer khusus dan tape pembaca (digambarkan di bawah) dibangun, keluaran gambar yang kasar pada TV standard. Memerlukan lebih daripada 23 saat untuk membaca setiap gambar dari kaset.
2. Motel Pertama Di Dunia(1925): Motel Inn
Motel Inn di San Luis Obispo, California, adalah motel pertama di dunia. Dibina pada tahun 1925 oleh arkitek LA Arthur Heineman, yang menciptakan istilah motel yang bererti "motor hotel." Motel Inn ini awalnya disebut Milestone Mo-Tel.Harga semalam adalah $ 1.25. Heineman bagaimanapun tidak mampu membayar biaya pendaftaran tanda dagang, sehingga para pesaing dapat menggunakan kata "motel." Motel ini masih beroperasi sehingga hari ini.
3. Kulit Album Pertama Di Dunia (1938): Smash Song Hits oleh Rodgers and Hart
Sebelum Alex Steinweiss (23th), merancang cover album yang diciptakan pada tahun 1938 untuk Columbia Records, dijual dalam kertas pembungkus coklat. Album "Smash Song Hit oleh Rodgers and Hart" adalah kulit album pertama di dunia.
4. Novel Pertama Di Dunia (1007): Tale of Genji
Pada tahun 1007, seorang wanita dari mahkhamah Jepun menempatkan sentuhan akhir pada apa yang dianggap sebagai novel pertama di dunia. Rentang 75 tahun, lebih dari 350 karakter, dan penuh dengan puisi romantis, yang bercerita tentang seorang putera maharaja, dan pencariannya akan cinta. Di tulis oleh bangsawan Jepun iaitu Murasaki Shikibu.
5. Web Server and Web Site Pertama Di Dunia (1990): NeXT computer di CERN
Info.cern.ch adalah alamat pertama di dunia sebagai website dan web server, digunakan pada sebuah komputer NeXT di CERN. Halaman web pertama ber-alamat di http://info. cern.ch / hypertex t / WWW / TheProject. html, yang dibuat oleh Tim Berners-Lee.
6. Basikal Motor Pertama Di Dunia (1885): Daimler's "riding car"
Basikal Motor Pertama dirancang dan dibangunkan oleh Jerman Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada tahun 1885. Pada dasarnya adalah sebuah basikal motor, meskipun disebut penemunya dengan Reitwagen ( "naik kereta"). Itu juga merupakan kenderaan pertama yang menggunakan minyak.
7. Sinar-X Pertama Di Dunia (1895): tangan isteri Rntgen
Pada tahun 1895 Wilhelm Conrad Rntgen, profesor fizik Universiti Wurburg di Jerman, sedang melakukan eksperimen dengan lucutan elektrik di dalam tabung kaca dievakuasi. Pada akhir tahun 1895 Wilhelm Rntgen bersendirian pada satu malam,menjalankan eksperimen, kali ini didalam gelap dan melihat cahaya dihasilkan di dinding, yang ia tahu bukan disebabkan oleh cahaya lampu neon. Dia memberi nama cahaya tersebut sebagai sinar 'X' atau jika Anda lebih suka, X-ray. Setelah beberapa bulan melakukan eksperimen dengan penemuan ini, dia melihat bahawa tempat benda-benda di jalur sinar boleh menghasilkan bayang-bayang dan menciptakan gambar-gambar di dinding. Segera setelah dia menggunakan piringan dan memfoto isterinya, Frau Rntgen, menempatkan tangannya di jalur X-ray, dan menciptakan gambar sinar-X pertama di dunia. Pada tahun 1901 Wilhelm Rntgen dianugerahi Penghargaan Nobel dalam Fizik atas kejayan penemuan tersebut.
8. Mouse Komputer Pertama Di Dunia (1964): oleh Douglas Engelbart
Mouse komputer pertama di dunia dicipta oleh Douglas Engelbart pada tahun 1964, terdiri dari dua roda gigi yang diletakkan dalam keadaan tegak dan lurus antara satu sama lain - membolehkan gerakan pada satu paksi. Bentuk Ergonomik, penempatan tombol besar dan diperbuat daripada kayu.
9. Gedung Pencakar Langit Pertama Di Dunia (1885): Home Insurance Building di Chicago
Dianggap sebagai pencakar langit pertama di dunia kerana bangunan senibina yang unik dan bingkai bata unik yang berat, Bangunan ini dibina pada tahun 1885 di Chicago, Illinois dan dirobohkan pada tahun 1931 untuk membina Field Building (sekarang Gedung LaSalle National Bank). Itu adalah bangunan pertama yang menggunakan struktur dalam bingkai, namun sebahagian besar strukturnya terdiri dari cor dan besi tempa.
10. Kereta Konsep Pertama Di Dunia (1938): Buick Y-Job
Direka pada tahun 1938 oleh designer terkenal Harley Earl dari General Motor, Buick Y-Job dianggap oleh sebilangan orang sebagai kereta konsep yang pertama.
11. MP3 Player Pertama Di Dunia (1998): MPMan 32MB
Dikeluarkan pada tahun 1998, Eiger Labs MPMan adalah MP3 Player pertama di dunia, dengan memori dalaman 32MB - expandable to 64MB. Tersedia dalam model F10 atau F20, yang terakhir dengan fungsi SmartMedia, player ini beharga $ 69 + kos penghantaran. Ukurannya 91 x 70 x 16.5 mm.
12. Teka-Teki Silang Pertama Di Dunia (1913): oleh Arthur Wynne
Pada tahun 1913, Arthur Wynne memiliki tugas merancang halaman teka-teki mingguan for Fun, komik lapan halaman bahagian dari New York World, sebuah akhbar berpengaruh ketika itu. Ketika ia menciptakan apa yang disebut Word-Cross untuk edisi Natal, yang diterbitkan di 21 Desember, ia tidak tahu bahawa ia akan menjadi sebuah hobi baru di seluruh dunia.
13. Microprocessor Pertama di Dunia (1971): Intel 4004
Pada bulan November 1971, sebuah perusahaan bernama Intel memperkenalkan mikroprosesor chip tunggal pertama, Intel 4004 (US Patent #3.821.715), diciptakan oleh jurutera Intel Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor. Setelah penemuan litar terpadu ini yang kemudian merevolusi rekabentuk komputer. Intel 4004 membuat litar terpadu maju satu langkah lebih jauh dengan menempatkan semua bahagian yang menghasilkan komputer berfikir (misalnya central processing unit, memori, input dan output kontrol) pada satu chip kecil.
14. Majalah Pertama Di Dunia (1731): The Gentleman's Magazine
The Gentleman's Magazine, pertama kali diterbitkan pada tahun 1731, di London, dianggap telah menjadi majalah pertama. Edward Cave, yang mengedit The Gentleman's Magazine dengan menggunakan nama pena "Sylvanus Urban", adalah orang pertama yang menggunakan istilah "majalah", di analogi dari sebuah gudang tentera dari berbagai material, yang aslinya berasal dari bahasa Arab makazin "gudang". Dan berhenti terbit pada bulan September, 1907.
15. Foto Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"
'ABDULLAH BIN JAHSY
Orang pertama yang digelar Amirul Mukminin.
Kisah sahabat yang akan kita persembahkan kali ini mempunyai pertalian rapat dengan Rasulullah s.a.w.. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w. Ibunya Umaimah binti 'Abdul Muttalib merupakan ibu saudara Nabi s.a.w.. Beliau juga merupakan ipar Nabi s.a.w.. Lantaran adik perempuannya, Zainab bin Jahsy merupakan isteri Nabi s.a.w. dan salah seorang Ummul Mukminin. Beliau merupakan panglima pertama yang memegang panji-panji Islam. Beliau juga orang pertama digelar Amirul Mukminin. Beliaulah yang bernama 'Abdullah Bin Jahsy al-Asadi.
Dalam peperangan Uhud, ada kisah menarik tentang 'Abdullah bin Jahsy dan sahabatnya Sa'ad bin Abi Waqqash. Sa'ad bin Waqqash menceritakan kisah sahabatnya ini:
Apabila hampir tercetus pertempuran dalam peperangan Uhud, saya bertemu dengan 'Abdullah bin Jahsy. Beliau bertanya kepada saya: "Tidakkah kamu ingin berdoa kepada Allah?"
"Bahkan.", jawab saya.
Lalu kami pun ke suatu sudut sunyi, saya pun berdoa: "Wahai Tuhan, apabila saya bertemu musuh,temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Kami saling menyerang dan bertempur. Kemudian kurniakanlah kepada saya kemenangan mengalahkannya sehingga saya berjaya membunuhnya dan mengambil kelengkapannya." Lalu 'Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa saya.
Kemudian beliau pula berdoa: "Wahai Tuhan, temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Saya memeranginya demi-Mu dan dia juga memerangi saya. Kemudian dia berjaya menewaskan saya dan memotong hidung dan telinga saya. Apabila saya menemui-Mu esok, Engkau akan bertanya: "Mengapa hidung dan telingamu dipotong?" Lalu saya akan menjawab: "Kerana-Mu dan kerana Rasul-Mu." Engkau akan menjawab: "Kamu benar."
Kata Sa'ad bin Abi Waqqash: "Sesungguhnya doa 'Abdullah bin Jahsy lebih baik daripada doa saya. Saya nampak beliau sewaktu lewat petang dan ketika itu beliau telah terbunuh dan mayat beliau dikelar. Hidung dan telinganya tergantung dengan tali di sebatang pokok."
Allah memakbulkan doa 'Abdullah bin Jahsy. Allah memuliakannya dengan anugerah syahid sebagaimana kemuliaan yang diperolehi oleh bapa saudaranya, penghulu para syuhada', Hamzah bin 'Abdul Muttholib.
Rasulullah s.a.w. mengkebumikan mereka berdua dalam satu kubur. Air mata Baginda bercucuran membasahi kubur mereka yang berlumuran dengan wangian syahadah.
"Ya Allah cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad hamba-Nya dan Pesuruh-Nya, Nabi yang ummi, dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya".
JANGAN SEKALIPUN LUPA, HANYA ALLAH TUHAN YANG SEBENAR...

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada Nya lah kamu dikembalikan. (Surah al-Qasas:70)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
Satu-satunya tujuan hidup kita ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah
-Allah menguasai semuanya dari Timur ke Barat
-Allah mempunyai kuasa yang mutlak terhadap semua perkara dan Dia mengarahkan semua urusan mereka.
-Allah berkuasa terhadap semua manusia, termasuk ibu-bapa kita, rakan sekelas dan rakan sepejabat,
-Allah ialah Pelindung dan Pembela manusia yang sebenar,
-Allah sentiasa menang akhirnya,
-Hanya Allah yang boleh melepaskan kita daripada sebarang kesusahan yang kita alami,
-Allah mengetahui segala perkara yang tersembunyi, butir-butir terperinci mengenainya dan aspek yang kita tidak tahu mengenainya.
-Allah mengetahui secara terperinci tentang perbuatan-perbuatan yang seseorang lakukan sepanjang kehidupannya.
-Allah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang dikehendaki-Nya
-Allah mengetahui butir-butir yang halus berkaitan segala perkara yang dimanfaatkan oleh hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.
-Allah melindungi mereka yang meminta perlindungan daripada Allah dan memberikan mereka kelegaan.
-Allah mahu memudahkan kita
-Semua perkara yang berlaku ke atas diri kita berlaku atas kawalan Allah
-Allah yang menganugerahkan kita segala nikmat
-Allah adalah Pemilik segala harta benda (Kapal layar, rumah, kereta, perabot, pakaian, barang kemas dan sebagainya) dan Dia lah Pemilik sebenar semua wang yang ada.
-Allah lah yang memberi rezeki kepada semua benda hidup
-Allah meluaskan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya
-Kita mesti melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah
-Allah yang mengajar semua perkara yang kita tahu
-Allahlah yang memberi petunjuk ke arah kebenaran dan mengkehendaki kita menjadi orang beriman
-Allah adalah tinggi di atas segala kesalahan terutamanya kepada manusia dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun daripada makhluknya.
-Setiap benda hidup di atas muka bumi ini memerlukan Allah
-Allah sangat teliti
-Allah mengetahui segala-galanya sama ada kita menyimpankannya di dalam diri kita sahaja atau memberitahu orang lain
-Allah pasti menolong mereka yang menolong agama Allah
-Allah melihat kita tidak kira apa yang sedang kita lakukan atau di mana sahaja kita berada.
-Allah adalah adil dan tidak melakukan sebarang kezaliman terhadap seseorang walaupun sekecil zarah.
-Allah tidak pernah menyebabkan kesengsaraan kepada manusia dalam apa cara sekali pun
-Allah adalah Pencipta langit dan bumi dan apabila dia memutuskan sesuatu, Dia hanya perlu berkata 'kun!' (jadilah), maka terjadilah.
-Allah mengetahui semua perkara dan ia adalah di sebalik pengetahuan kita
-Tiada siapa yang boleh merubah apa yang Allah kehendaki kepadanya dan tiada siapa yang mampu menghalang sesuatu daripada berlaku, sama ada baik atau buruk sekiranya Allah mengkehendakinya.
-Melihat dan memikirkan tentang tanda-tanda kebesaran Allah akan menunjukkah kita ke dalam diri kita dan diluar diri kita.
-Semua benda di bumi dan di langit memuji dan mengagungkan Allah.
-Hanya Allah yang layak untuk dimuliakan.
-Allah tidak pernah lupa apa-apa pun
-Allah sentiasa hidup, Dia tidah pernah tidur atau memerlukan tidur
-Allah menyembuhkan hati orang yang percaya dengan pertolongan-Nya.
-Allah menolong orang-orang beriman pada setiap masa
-Allah mengampuni dan menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya.
-Allah tidak menghukum orang yang membuat dosa serta merta, tetapi dia memberikan masa supaya mereka akan bertaubat dan memohon keampunan-Nya.
-Allah Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya
-Allah menginginkan hamba-hamba-Nya yang taat untuk memasuki syurga
-Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar
-Allah lah yang memberikan kita nyawa dan memberi kesihatan kepada kita.
-Allah yang menyembuhkan kita apabila kita sakit
-Allah mengingatkan kita setiap masa untuk menolong kita mendapatkan iman yang sejati dan mengingatkan kita dengan pelbagai cara.
-Allah telah memberikan kita kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran, kesesatan dan ketidak taatan kepada Allah.
-Allah akan membawa ke hadapan orang-orang yang dikasihi-Nya dan mereka yang menyintai Allah untuk menggantikan mereka yang melupakan agama
-Allah menghapuskan perbuatan buruk daripada orang yang benar-benar beriman
-Allah memberikan kebolehan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah.
-Allah adalah dekat dengan kita daripada sesiapa pun atau apa-apa pun.
-Kita perlu berdoa kepada Allah supaya dia menjaga kita dan menjadi Wali kita sehingga berkekalan.
KEWUJUDAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Surah Fatir: 6)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
-Syaitan ialah musuh kita yang terbesar
-Syaitan menunggu dengan sabar untuk memperdayakan manusia pada setiap masa
-Syaitan akan cuba untuk menghalang kita daripada bersyukur kepada Allah dengan membuatkan kita lupa nikmat-nikmat yang diberikan-Nya.
-Syaitan mahu kita lupa bahawa terdapat kebaikan di dalam semua keadaan, dengan itu cuba menghalang kita daripada meletakkan kepercayaan kita kepada Allah.
-Syaitan akan cuba membuatkan kita cuai, malas, marah, tidak fokus, pentingkan diri sendiri dan lupa.
-Syaitan mahu menghalang kita daripada melakukan ibadah dan berkelakuan baik sebagaimana yang dikehendaki Allah
-Syaitan tidak boleh mempengaruhi orang yang benar-benar beriman.
-Memohon perlindungan daripada Allah apabila mendengar bisikan syaitan akan membawa ketenangan.
-Membuatkan kita lupa adalah senjata terbesar syaitan
-Syaitan mahu menghalang kita daripada sentiasa mengingati Allah
-Kesombongan dan menidakkan kebenaran adalah sifat-sifat syaitan
-Syaitan akan cuba memenuhi diri kita dengan harapan-harapan palsu
-Syaitan tidak pernah mahu kita melakukan perbuatan yang disenangi Allah dan mendapat syurga.
-Tujuan utama syaitan ialah untuk membuatkan kita mendapat azab yang kekal sebagaimana dia akan mendapatkannya.
-Syaitan tidak mempunyai kuasa ke atas manusia tetapi dia hanya menghasut mereka.
UNTUK MENGINGATI ALLAH
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Surat al-Ahzab: 41)
JANGAN SESEKALI LUPA...
-Untuk sentiasa menyibukkan fikiran kita dengan mengingati Allah (zikrullah)
-Untuk mengingati Allah semasa kita berdiri, duduk atau berbaring
-Bahawa tiada apa selain daripada mengingati Allah dapat menghilangkan kesedihan kita, kesukaran sesuatu tugas dan memberi kita ketenangan di hati
-Bahawa tiada apa pun (contoh: perniagaan atau kerja pejabat) yang sepatutnya mengganggu kita daripada mengingati Allah.
-Bahawa mengingati Allah adalah yang terbaik.
MAUT AKAN DATANG KEPADA KITA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA....
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya': 35)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
-Setiap manusia, termasuk diri kita dan keluarga kita akan pasti mati
-Masa kematian kita telah ditentukan oleh Allah
-Kematian seseorang telah ditentukan dan tiada siapa yang boleh melengahkannya apabila ia tiba
-Apabila kita mati, kita akan kembali kepada Allah
-Jasad kita tidak akan bernilai lagi apabila kita meninggal
-Apabila ditanam didalam kubur, jasad kita akan mengalami proses pereputan
-Taubat yang dibuat ketika seseorang diambang maut tidak akan diterima
-Segala bentuk kelemahan yang kita ada di atas muka bumi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian
-Memikirkan tentang kematian akan menyucikan kita daripada segala cita-cita dan harapan palsu
-Kita perlu berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita muslim semasa kita meninggal.
DUNIA YANG KITA HIDUP SEKARANG AKAN HILANG SUATU HARI NANTI
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (Surah Muhammad: 36)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
-Mungkin ia terasa seperti lama, tetapi kehidupan dunia ini hanyalah seketika
-Apa yang dilihat sebagai mempersonakan di dunia ini hanyalah ujian
-Allah mengurniakan setiap orang hidup yang panjang supaya mereka ingin bertaubat mempunyai masa untuk berbuat demikian
-Allah menciptakan kehidupan dan kematian supaya Dia boleh menguji kita, untuk melihat amalan siapakah yang terbaik.
-Kehidupan dunia ini hanyalah sementara
-Nikmat di dunia ini hanyalah sekadar imitasi daripada nikmat yang sebenar di syurga dan nikmat-nikmat ini diciptakan untuk mengingatkan kita tentang syurga.
-Dengan keizinan Allah, seluruh dunia ini akan hancur pada Hari Kiamat
-Kehidupan dunia hanyalah sekadar permainan dan hiburan dan perlindugan sebenar ialah di akhirat
-Nikmat-nikmat dunia yang kita miliki tidak sepatutnya membuatkan kita membesar diri
Orang yang benar-benar beriman tidak akan menjual akhirat hanya untuk kehidupan dunia.
HARI KIAMAT ADALAH SEMAKIN HAMPIR...
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah.” Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surat al-Ahzab: 63)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
-Kita menghampiri Hari Kiamat dengan cepatnya
-Pada hari itu, akan terjadi bencana alam yang tidak pernah terjadi sebelumnya
-Hari Kiamat akan datang secara tiba-tiba sebelum kita sempat menyedarinya.
-Hari tersebut tiada tempat untuk kita melarikan diri
-Pada hari tersebut, setiap manusia akan ditanya tentang amalan mereka di hadapan Allah dan akan disoal tentang nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya.
-Setiap jiwa yang pernah hidup di atas muka bumi akan berdiri di hadapan Allah
-Gunung-ganang akan tersebar seperti debu
-Pada hari itu, langit akan terbelah dan menjadi merah seperti hampas minyak
-Bintang-bintang akan hancur
-Gunung-ganang akan hancur dan akan menjadi seperti gumpulan kapas.
-Allah akan membiarkan mereka seperti tanah yang mendatar dan tandus
-Langit akan menjadi seperti tembaga cair
-Setiap ibu yang menyusu akan melupakan bayinya yang sedang menyusu
-Kita akan menghadap Allah bersendirian sebagaimana semasa kita dilahirkan
-Semua benda di langit dan di bumi akan berada dalam ketakutan kecuali mereka yang disayangi oleh Allah
-Orang yang melakukan kejahatan akan dikenali berdasarkan tanda mereka dan diseret dengan rambut hadapan dan kakinya.
-Tiada manusia yang akan bercakap kecuali dengan keizinan Allah
-Celakalah orang-orang yang tidak beriman
-Mereka yang berdusta tentang Allah akan memiliki wajah yang hitam.
-Percakapan manusia adalah perlahan di hadapan Allah dan tidak ada apa yang didengar kecuali bisikan
-Tiada kenalan – termasuklah ibu bapa, adik-beradik – akan bertanyakan tentang kenalannya
-Orang yang bersalah akan menuduh satu sama lain
-Setiap manusia akan mendapati kebaikan dan kejahatan yang dilakukan dan dia akan berharap terdapat jurang yang jauh yang memisahkan perbuatan baik dan buruk mereka.
-Beberapa wajah pada hari itu akan berseri-seri
-Segala penyesalan pada hari itu adalah sudah terlambat
-Tiada jalan lain pada hari itu
-Pada hari itu, tiada kesedihan dan rasa takut pada orang yang benar-benar beriman
HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN AKAN MENDAPAT SYURGA...
...Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqara: 82)
JANGAN SESEKALI LUPA BAHAWA...
-Allah menciptakan syurga istimewa untuk orang yang beriman
-Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang menjual diri mereka dan harta mereka (ketika didunia) untuk mendapatkan syurga
-Orang-orang mukmin akan berada di dalam syurga buat selama-lamanya
-Malaikat akan menemui orang yang beriman di dalam syurga dengan cara yang baik
-Mereka akan berada dalam aman dan keselamatan yang menyeluruh
-Di dalam syurga, terdapat isteri-isteri yang mempunyai kesucian yang sempurna
-Penghuni syurga akan melihat kenikmatan dan kota yang besar di mana sahaja mereka berpaling
-Mereka akan berbaring di atas sofa yang disaluti dengan sutera broked
-Terdapat buah-buahan yang masak ranum bergantungan yang senang dicapai oleh tangan
-Di sana tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
-Terdapat gelas-gelas minuman yang mengelilingi mereka
-Ahli-ahli syurga akan mendapat apa sahaja yang mereka mahukan dan apa sahaja yang dapat mengembirakan mata mereka.
-Allah akan mengurniakan cahaya dan kegembiraan kepada penghuni syurga
-Di syurga, tiada perasaan takut untuk melakukan dosa
-Setiap dendam akan dibuang daripada hati ahli-ahli syurga
-Penghuni syurga akan bersyukur kepada Allah di dalam syurga
-Dengan rahmat Allah orang-orang yang beriman mendapat syurga
-Di dalam syurga, tiada manusia yang akan menjadi tua
-Tiada siapa yang berasa takut dan tiada siapa yang akan berasa sedih
-Di antara semua nikmat-nikmat syurga, yang paling utama ialah nikmat keredhaan daripada Allah.
KEWUJUDAN NERAKA...
...Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama (Surat as-Sajda: 13)
JANGAN SESEKALI LUPA
-Allah mengharamkan syurga kepada mereka yang mensyirikkan Allah dan tempat tinggal yang abadi buat mereka ialah neraka.
-Api di dalam neraka akan kekal selama-lamanya.
-Penghuni neraka akan mempunyai pakaian daripada api yang dipotong khas untuk mereka
-Penghuni neraka akan memakai pakaian daripada tar.
-Muka mereka akan dibaluti dengan api
-Air yang mendidih akan dicurahkan ke atas kepala mereka
-Sisi dan belakang mereka akan di cop
-Pintu-pintu syurga tidak akan dibuka kepada mereka
-Penghuni neraka adalah seburuk-buruk makhluk
-Azab di dalam neraka adalah untuk selama-lamanya
-Rantai dan belenggu serta api yang membara akan bersedia untuk ahli-ahli neraka
-Tiada apa untuk diminum di dalam neraka kecuali air yang mendidih dan nanah yang mendidih.
-Penghuni neraka tiada makanan kecuali daun-daun pahit yang berduri yang tidak akan mengenyangkan atau menyihatkan mereka
-Pohon az-Zaqqum ialah makanan yang buruk dan mendidihkan perut kita seperti gangsa yang cair
-Penghuni neraka akan diikat dengan rantai yang panjangnya ialah 70 hasta
-Mereka akan dipukul dengan senjata pemukul yang diperbuat daripada besi
-Terdapat suatu api di dalam neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia dan batu
-Api di dalam neraka akan mendidih dan menyemarak
-Terdapat suara mengeluh daripada mereka yang melakukan kejahatan di dalam nereka.
-Neraka ialah destinasi mereka yang suka membazir
-Apabila penghuni neraka dicampakkan ke dalam ruang yang sangat sempit di dalamnya dan mereka juga dirantai dan dibelenggu, mereka akan menjerit untuk kebinasaan mereka
-Mereka tidak akan hidup mahupun mati
-Maut akan datang kepada ahli-ahli neraka daripa semua arah, tetapi mereka tidak akan mati
-Terdapat satu aras di neraka di mana dinding-dindingnya daripada asap yang berkepul-kepul yang akan menyelubungi mereka
-Neraka adalah suatu tempat yang sangat gelap dan dipenuhi dengan asap
-Nereka adalah tempat yang tidak memberikan sebarang kelegaan atau ketenangan
-Sebuah tembok yang mempunyai sebuah pintu di dalamnya akan dibina di antara penghuni neraka dan penghuni syurga
-Hukuman tidak akan dikurangkan kepada ahli-ahli neraka
-Penghuni neraka mahu keluar daripada neraka tetapi mereka tidak berdaya melakukannya
-Terdapat di atas mereka sebuah kubah yang diliputi api
-Setiap kali kulit mereka terbakar, mereka akan digantikan dengan kulit baru
-Mata mereka akan tertunduk, digelapkan disebakan rasa terhina
-Semua orang akan mengakui dosa-dosa mereka
-Penghuni nereka akan berkata: “Kalaulah aku mendengar dan menggunakan akalku”
-Mereka akan berkata: “Kalaulah kami dapat dihantar pulang ke dunia, kami akan menjadi di kalangan orang yang beriman,”
-Mereka akan berkata: “Kalaulah kami taat kepada Allah dan Rasulullah!”
-Mereka akan mengaku bahawa mereka “tidak mempunyai sekutu lain atau perantara”
-Mereka akan menjerit minta diselamatkan daripada api neraka
-Mereka akan memanggil-manggil penghuni syurga “berikan kami sedikit air atau sedikit rezeki yang Allah kurniakan kepadamu”
-Mereka akan mngutuk satu sama lain dan berdoa untuk kesengsaraan mereka
-Mereka akan menderita dalam kekesalan dan perasaan putus asa yang tidak akan berkesudahan
-Allah tidak akan bercakap dengan mereka
UNTUK HIDUP DENGAN NILAI-NILAI AL-QUR'AN SETIAP MASA...
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)
JANGAN SESEKALI LUPA...
-Untuk mengikuti kata hati nurani setiap detik dalam kehidupan kita
-Untuk berlaku adil pada setiap peluang yang ada walaupun ia berlawanan dengan diri kita, atau ibubapa kita atau saudara masa
-Untuk menjadi penyayang dan mengasihani
-Untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong
-Untuk menjaga amanah
-Apabila kita disapa dengan salam, kita membalas salam itu dengan perkataan yang sama atau lebih baik
-Untuk mengawal kemarahan
-Untuk mengelakkan daripada berbahas tentang isu-isu yang kita tidak mempunyai ilmu yang cukup
-Untuk mengelakkan daripada sifat meninggi diri
-Satu-satunya kriteria yang menentukan seseorang lebih baik dihadapan Allah ialah melalui taqwa
-Nafsu yang jahat selalu mengarahkan kita melakukan kejahatan dan perbuatan keji
-Untuk selalu berazam melakukan kebaikan
-Untuk bertaqwa kepada Allah sahaja
-Untuk bertaqwa kepada Allah sebanyak yang mampu
-Untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kejahatan
-Tiada beban yang akan ditanggung oleh orang lain
-Allah tidak suka mereka yang sombong
-Untuk menjaga solat kita
-Untuk tidak menghina orang lain
-Untuk tidak mengumpat sesama mereka
-Untuk taat kepada Allah
-Untuk bersabar kerana Allah
-Kewujudan dua malaikat yang berada disebelah kanan dan kiri kita
-Untuk mengelakkan diri daripada perasaan curiga
-Untuk berfikir berlandaskan al-Qur'an
-Orang-orang yang beriman tidak sepatutnya berputus asa
-Tiada apa yang sepatutnya memberi tekanan kepada orang yang beriman
-Tidak riak dengan nikmat-nikmat yang kita ada
-Terdapat seseorang yang lebih mengetahui daripada kita
-Tiada paksaan dalam agama, dan tugas sesorang mukmin ialah untuk mengingatkan manusia
-Perpaduan di antara orang-orang islam adalah sangat penting
-Tidak bergaduh sesama muslim
-Sentiasa menjaga solat dan ibadat-ibadat lain, dalam apa keadaan sekali pun
-Untuk kembali kepada Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan
-Tuhan kita adalah Allah dan kita melakukan setiap perbuatan hanya untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan ganjaran kita terletak hanya pada Allah.
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Baqarah: 32)

GAZA 4 Jan. - Selepas belayar selama sebulan, kapal bantuan kemanusiaan Asia 1 tiba di Gaza semalam dalam cubaan mencabar sekatan Israel terhadap Palestin.
Konvoi tersebut terdiri daripada 112 anggota dari Malaysia, Indonesia, India, Pakistan. Jepun, Kuwait dan New Zealand.
Mereka memasuki Gaza melalui sempadan Rafah selepas flotila mereka berlabuh di Pelabuhan Al-Aresh, Mesir.
Para pegawai dan rakyat Palestin berkumpul di sempadan Rafah bagi menyambut konvoi berkenaan yang memulakan perjalanannya dari India pada 2 Disember ke Syria dan akhirnya belayar ke Mesir.
Konvoi tersebut berjaya membawa 1,000 tan bekalan makanan, bekalan perubatan dan alat permainan kanak-kanak.
Ketika melawat Gaza, kumpulan tersebut mengunjungi ibu pejabat Parlimen Palestin yang dimusnahkan ketika perang.
Di ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa, aktivis Asia itu mengikuti satu demonstrasi bantahan bersama keluarga penduduk Gaza yang dipenjara dan meminta tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel.
Mereka melaungkan slogan dan memegang kad-kad yang antaranya tertera 'Mereka yang menafikan kebebasan kepada orang lain juga tidak patut menerimanya'.
Dalam pada itu, ketua jawatankuasa dalam memecahkan sekatan berkenaan Palestin, Ahmed Youssef menyambut anggota konvoi dan melahirkan penghargaan di atas bantuan kemanusian itu.
"Kami menghargai usaha anda dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan anda,'' katanya.
Fayrouz Mesbrola dari India yang mengetuai konvoi Asia 1 pada sidang media berkata, misi itu bertujuan menamatkan sekatan tidak berperikemanusiaan itu di Gaza. - Bernama

source :-
myMetro
Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.