berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Friday, January 14, 2011

Pengorbanan Para Syahidin ('Abdullah Bin Jahsy)

Posted by nir akhbar abdul aziz





'ABDULLAH BIN JAHSY
Orang pertama yang digelar Amirul Mukminin.



Kisah sahabat yang akan kita persembahkan kali ini mempunyai pertalian rapat dengan Rasulullah s.a.w.. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w. Ibunya Umaimah binti 'Abdul Muttalib merupakan ibu saudara Nabi s.a.w.. Beliau juga merupakan ipar Nabi s.a.w.. Lantaran adik perempuannya, Zainab bin Jahsy merupakan isteri Nabi s.a.w. dan salah seorang Ummul Mukminin. Beliau merupakan panglima pertama yang memegang panji-panji Islam. Beliau juga orang pertama digelar Amirul Mukminin. Beliaulah yang bernama 'Abdullah Bin Jahsy al-Asadi.

Dalam peperangan Uhud, ada kisah menarik tentang 'Abdullah bin Jahsy dan sahabatnya Sa'ad bin Abi Waqqash. Sa'ad bin Waqqash menceritakan kisah sahabatnya ini:

Apabila hampir tercetus pertempuran dalam peperangan Uhud, saya bertemu dengan 'Abdullah bin Jahsy. Beliau bertanya kepada saya: "Tidakkah kamu ingin berdoa kepada Allah?"

"Bahkan.", jawab saya.

Lalu kami pun ke suatu sudut sunyi, saya pun berdoa: "Wahai Tuhan, apabila saya bertemu musuh,temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Kami saling menyerang dan bertempur. Kemudian kurniakanlah kepada saya kemenangan mengalahkannya sehingga saya berjaya membunuhnya dan mengambil kelengkapannya." Lalu 'Abdullah bin Jahsy mengaminkan doa saya.

Kemudian beliau pula berdoa: "Wahai Tuhan, temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. Saya memeranginya demi-Mu dan dia juga memerangi saya. Kemudian dia berjaya menewaskan saya dan memotong hidung dan telinga saya. Apabila saya menemui-Mu esok, Engkau akan bertanya: "Mengapa hidung dan telingamu dipotong?" Lalu saya akan menjawab: "Kerana-Mu dan kerana Rasul-Mu." Engkau akan menjawab: "Kamu benar."

Kata Sa'ad bin Abi Waqqash: "Sesungguhnya doa 'Abdullah bin Jahsy lebih baik daripada doa saya. Saya nampak beliau sewaktu lewat petang dan ketika itu beliau telah terbunuh dan mayat beliau dikelar. Hidung dan telinganya tergantung dengan tali di sebatang pokok."

Allah memakbulkan doa 'Abdullah bin Jahsy. Allah memuliakannya dengan anugerah syahid sebagaimana kemuliaan yang diperolehi oleh bapa saudaranya, penghulu para syuhada', Hamzah bin 'Abdul Muttholib.

Rasulullah s.a.w. mengkebumikan mereka berdua dalam satu kubur. Air mata Baginda bercucuran membasahi kubur mereka yang berlumuran dengan wangian syahadah.

"Ya Allah cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad hamba-Nya dan Pesuruh-Nya, Nabi yang ummi, dan ke atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails