berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Sunday, August 8, 2010

INFO SOLAT - Tamakninah

Posted by nir akhbar abdul aziz







Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang WAJIB Disertakan Tamakninah

Disenaraikan disini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah.

1. Rukuk
Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. Iktidal (bangun daripada sujud)
Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

3. Sujud
Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.

4. Duduk antara dua sujud
Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar, Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang SERING diabaikan Tamakninah

1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecah jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah, maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada Sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirehat.

source : SOLUSI ISU#22

3 comments:

mira_nas said...

kalau sembahyang macam patuk ayam..kompem la takder tamakninahnye.. betul tak??

nir akhbar abdul aziz said...

ye betul tu amira....

Admin said...

Assalamualaikum...

Ramai juga yang dewasa terutamanya yang agak tua sembahyang "macam ribut".

Baca doa dan solat macam ribut. Seolah-olah satu doa diwakili satu perkataan. Masalah ini tidak kira usia. Orang tuapun ramai juga yang terdapat kesilapan dalam solat. Tidak terkecuali orang muda. Saya pernah mengimamkan solat dengan kawan2 saya.

Ada yang mengatakan saya baca doa panjang sedangkan saya baca doa yang standart sahaja. Pergerakkan solat mengikut tertip, entah macam mana orang sekarang bersolat, semua nak cepat je...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails