berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Friday, August 13, 2010

Diam Bukan Bererti Kalah

Posted by nir akhbar abdul aziz







Bagaimana anak-anak berhadapan dengan suasana tegang atau panas dengan kawan-kawan? Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam. Diam bukan ertinya kalah. Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar.

Fahamkan anak-anak bahawa Allah s.w.t. melarang jika menggunakan kata-kata berunsur menghina atau mengejek kepada oarang lain. Misalnya "pengecut" atau "bodoh". Istilah sedemikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah."

Banyak lagi perkara yang anak-anak perlu tahu tentang soal menjaga lidah ini. Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah:

1. Berkata-kata yang tidak berfaedah.
2. Berlebih-lebihan apabila bercakap.
3. Suka bercakap yang batil.
4. Banyak memaki hamun.
5. Suka bertengkar/bertikam lidah.
6. Mencari-cari kesalahan orang lain.
7. Suka mengumpat.
8. Bergurau secara berlebihan.
9. Suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
10.Bersumpah palsu.
11.Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." (Riwayat al-Tirmizi)

Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapan, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadianya.

2 comments:

diriku said...

kdg2 nk sbr bila org wt jahat kt kita mmg susah jgk..ape pn,sbr itu jln yg terbaik =]

mira_nas said...

hurm.. ntah la.. selalu diam.. nanti kepala dipijak.. bila bersuara semua menjauh.. tak tahulah!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails