berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Tuesday, June 8, 2010

Fakta Menarik Tentang Pemakanan [Part 3]

Posted by nir akhbar abdul aziz


AOMORI HOTATE
BAGI penggemar makanan jepun, Aomori Hotate bukanlah satu hidangan yang asing. Hotate membawa maksud tiram manakala Aomori merupakan sebuat tempat di Jepun.



Kebanyakkan makanan Jepun dihidangkan mentah tetapi tidak bagi hidangan ini. Hotate (tiram) tersebut akan dimasak terlebih dahulu.


Sebelum menikmati Aomori Hotate, Ocha (sejenis teh hijau) akan di beri sebagai pembuka selera. Aomori Hotate dihidangkan bersama sup miso bercampur tiram, sayur campur, kastard telur dan nasi Jepun.

BUBUR ASYURA
BUBUR asyura atau kuih asyura biasanya disediakan pada setiap 10 Muharam mengikut kalendar Islam. Ia terdiri daripada pelbagai variasi antaranya bubur, kuih kacau dan kuih daging manis. Pelbagai jenis ubi serta bijirin digunakan sebagai ramuan.



Di selatan negara, bubur asyura mengandungi ayam, daging, udang dan rempah. Di sebelah utara pula, ia berbentuk kuih kacau yang dicampurkan dengan pelbagai jenis kekacang dan bijirin.


Manakala pantai timur pula, kuih daging manis akan dihidangkan pada setiap 10 Muharam.

TEH BOH
SYARIKAT pengeluar teh terkemuka negara, Boh Plantations Sendirian Berhad (BOH) diasaskan pada 23 April 1929 oleh seorang Inggeris bernama John Archibald Russel.


Dengan kerjasama A.B. Mine, pengusaha ladang teh dari Ceylon (Sri Lanka), beliau meneroka hutan di Cameron Highlands bagi mewujudkan sebuah ladang teh di Malaysia yang dinamakannya 'BOH'. Kini Boh memiliki 4 buah ladang utama seluas 1,200 hektar yang mampu menghasilkan 4 juta kg teh setahun dengan anggaran 5.5 juta cawan teh setiap hari.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails