berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Tuesday, June 1, 2010

Fakta Menarik Tentang Pemakanan [Part 2]

Posted by nir akhbar abdul aziz



SEJAK 1850, minyak ikan kod telah digunakan secara meluas di Eropah bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit riket, hasil kajian Dr. Armand Trousseau. Pada 1873, Alfred Browns Scott merumuskan bahawa minyak ikan kod kaya dengan vitamin A dan D pada kadar hampir 50 kali ganda vitamin A daripada lobak merah dan lebih 30 kali ganda vitamin D daripada telur kuning yang boleh mencegah penyakit riket. Ia juga kaya dengan asid lemak Omega-3, asid DHA dan asid EPA yang mampu menghalang penyakit jantung.


TEH terbahagi kepada tiga jenis iaitu teh hitam, teh hijau dan teh oolong. Cara menanam adalah sama hanya kaedah pemprosesannya sahaja yang berbeza. Untuk mendapatkan teh hitam, daun teh diperam sepenuhnya untuk mengeluarkan rasa, warna dan aroma. Teh hijau pula dikukus dan diasap selepas dipetik. Daun akan bertukar menjadi hijau muda selepas direndam. Teh oolong ialah teh separuh peram dan dikeringkan di bawah cahaya matahari, digulung sehingga kemerahan kemudian diasapkan. Hampir semua teh Cina diproses mengikut kaedah ini.


DODOL merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu. Ia menggunakan santan, tepung, beras pulut, gula melaka, gula dan garam. Kesemua bahan ini perlu dimasak selama empat jam untuk memastikan dodol yang dihasilkan elok dan sedap. Kesemua bahan tadi akan dikacau dalam kuali besar atau kawah. Dodol yang baik bukan sahaja sedap dimakan malah perlu mempunyai warna yang tepat, berkilat dan pekat. Kini cara pembuatan dodol secara tradisional makin dipinggirkan.


AVACADO (Persea Americana) berasal dari keluarga Lauraceae. Buah, biji, daun dan kulit pokok avacado mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Teh daun avacado boleh meredakan sakit kepala dan berkesan untuk mengawal pusingan haid. Selain daripada itu, buah ini digunakan untuk mengubati kencing manis, menurunkan tekanan darah tinggi dan lelah. Buah ini juga dijadikan bahan dalam produk barangan kecantikan dan kosmetik.


PADA tahun 1890, Dr John Harvey Kellog dan Will Keith Kellog telah mencipta makanan sarapan pagi berkhasiat. Makanan ini berasaskan bijirin seperti beras, gandum, jagung dan sebagainya. Syarikat Kellog's telah ditubuhkan pada tahun 1906 untuk memasarkan produk mereka ke 130 buah negara. Sarapan pagi yang lengkap dan mudah ini mengandungi lebih 60% vitamin A, B1, B2, C, zat besi, kalsium serta niasin dan mampu memberi 33% tenaga dan nutrien yang diperlukan setiap hari.

1 comments:

shaffique said...

thanks for the info ;)


My latest entry : This Is 50 Cent. Trust Me.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails