berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Friday, May 21, 2010

GAYA PEMAKANAN SIHAT_MADU LEBAH

Posted by nir akhbar abdul aziz




MENGAPA MADU?

MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat.

Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah S.A.W juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an.
Maksudnya: "Ambillah/pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud;



Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah:"Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, dipohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia".

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.

Khasiat Madu Lebah Asli



1. Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.

2. Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

3. Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

4. Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .

5. Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.

6. Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.

CARA PENYEDIAAN :
* Mulakanlah sesuatu perkara dengan Bismillah dan Selawat ke atas Nabi S.A.W

1. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

2. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

3. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

4. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

5. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

6. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

7. Sapu madu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails