berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Monday, May 31, 2010

Fakta Menarik Tentang Pemakanan

Posted by nir akhbar abdul aziz



NASI TUMPENG merupakan makanan tradisi yang sungguh popular di Kelantan. Ia merupakan nasi himpit berserta lauk yang dibungkus dalam bentuk kon yang sering menjadi hidangan para nelayan. Pada asalnya ia merupakan salah satu sajian santapan diraja dahulu kala. Nasi tumpang ini juga disediakan dalam pelbagai saiz. Kerutuk ayam atau daging, sambal ikan bilis dan telur menjadi pelengkap sajian ini. Sajian tradisi ini kian dipinggirkan serta sukar ditemui kerana cara penyediaannya agak rumit.


AYAMAS (Ayamas Food Corporation Bhd.) diperbadankan pada 27 April 1985 di bawah nama Raswira Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat KFC Holding, sekarang dikenali sebagai RASA AYAMAS. Ia merupakan syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan penjualan ayam dan produk berasaskan ayam di dalam rangkaian kedai berhawa dingin. Antara produk terkenal Ayamas ialah ayam panggang, nasi ayam, ayam segar serta pelbagai produk sejuk beku berasaskan ayam.


DAUN pudina sering digunakan dalam masakan dan minuman untuk membangkitkan aroma. Ia digunakan di dalam lauk-pauk dan laksa asam selain dimakan mentah. Masyarakat Barat pula menggunakannya sebagai hiasan dan pembangkit rasa bagi kek, gula-gula, ubat gigi dan minuman. Memakan daun pudina dikatakan boleh melegakan batuk berkahak, menambah tenaga dan mengimbangi hormon wanita kerana ia kaya dengan vitamin B, sodium fosforus dan zat besi.


KADUK (Piper Sarmentosum Roxb) dikenali juga sebagai sirih duduk sering dijadikan pembuka selera. Ia direbus atau dicelur dan dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuk serta daun kaduk juga boleh dibuat kerabu. Air rebusan daun ini mempunyai khasiat untuk mengubati penyakit lemah-lemah dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Daun yang ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya di kepala dan pada kulit.


PROSES pembuatan tapai merupakan hasil penggunaan teknik bioteknologi. Komponen utama bagi proses penapaian ialah ragi atau yeast yang menukarkan unsur gula kepada alkohol. Tapai mempunyai kadar probiotik yang tinggi di mana ia dapat menghasilkan nutrien penting untuk menghapuskan toksin, melindungi makanan daripada busuk, memusnahkan bakteria yang tidak baik (kepada kesihatan) dan yang paling penting meningkatkan sistem pertahanan tubuh manusia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails