berjalan di atas manhaj as-salafush sholeh

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )” (Hadits Bukhari & Muslim)



Tuesday, February 2, 2010

Barang-barang kegunaan Nabi Muhammad S.A.W

Posted by nir akhbar abdul aziz

Barang-barang kegunaan Nabi Muhammad S.A.W


Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah.Insya-allah.

Baju gamis Nabi Muhammad SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah . betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!



Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi's yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t'shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.



Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.



Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah S.A.W




Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah S.A.W



Jubah Rasulullah S.A.W




Sandal milik Rasulullah S.A.W



Cop surat rasmi Rasulullah S.A.W



Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir



Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius



Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke-7



Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan



Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails